Sunday, December 21, 2008

Ingatlah kepada yang memerlukan

Petang Jumaat semasa saya bermesyuarat dgn staf saya, saya telah menerima panggilan telepon . Bila saya menjawabnya, orang tersebut terus menanyakan saya samada saya mengenali suaranya. Setelah dicuba beberapa tekaan saya juga tidak dapat mengagaknya. Seterusnya dia menanyakan saya di blok mana saya tinggal semasa belajar di SMTT. Agakan saya mestilah dia ni salah seorang bekas classmate saya. Saya masih ingat lagi saya tinggal di tingkat 1 tp tak ingat bloknya bersama dgn Sufian, Che Ya, Tengku, Ong, Arif, Kamarulzaman. Itu tahun 76/77. Dia menanyakan lagi ingatkah siapa warden dimasa itu ? Antara yg saya ingat ialah Mr Gomez, Gan, Ng dan Hamdan. Terus dia mencelah dialah cikgu Hamdan bin Nong Chik.
Kami teruskan perbualan bertanyakan keadaan masing2 sekarang. Cikgu Hamdan pula menceritakan keadaannya yg dah 10 tahun pencen, pencen awal kerana stroke yang dihadapinya dan anak2 yg masih bersekolah dsbnya. Diakhir perbualannya dgn saya, dia memohon utk menghantar no akaun banknya kpd saya. Saya faham maksudnya.
Allah telah memberi peluang kepada saya untuk membantu insan lain yang memerlukan, ianya seorang bekas guru di Sekolah Menengah Teknik Trengganu semasa saya bersekolah disana. InsyaAllah saya tidak akan menghampakannya.